Monday 14 May 2012

C I N T A

cinta.
ringkas perkataannya,tapi sukar untuk ditafsir.
boleh diungkap sebagai kata2,namun tidak akan terasa jika tidak merasainya.

cinta.

suatu ayat yang sukar di terangkan tanpa pembuktian yang dizahirkan secara fizikal. Cinta ada banyak jenis, cinta rupa, cinta harta, cinta agama, cinta keperibadian dan sebagainya. Apa makna cinta?




Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
itulah kehebatan cinta,walaupun kita tahu yang kita adalah tidak membawa sebarang erti kepada hidupnya,tetapi kita masih lagi mengambil berat akan dirinya dan sering mendoakan kesejahteraan dirinya.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

hebat kan cinta. Dalam sekelip mata sahaja ia boleh mengubah hidup seseorang, mana taknya, tersengih jek selalu,happy memanjang,sukalah tu. :)


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
aku rasa ayat atas ni korang dah boleh paham kot. moralnya bagi sesiapa yang sedang mencintai seseorang tu, cepat2 lah beritahu kat dia. tapi janganlah tegak jek, ada caranya, nak tahu? pikirlah sendiri. :) at least ,bagi dia klu ke, apa2 jeklah, aku rasa dia akan paham kot, kalau x jalan jugakk, ambik gambar dia,bawak jumpa bomoh. setel. huhu! :) *gurau je sengal,jgn ambik serius! ^_^

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
yang ni mmg dahsyat.korang pun tahu.hebat! :)

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
betul,so selamat bercinta ya semua.tp jangan lah sampai lupa nak bercinta dengan tuhan yang maha Esa ya. akhir kata dari aku,
Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana,cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

with peace : ND

1 comment: